17 Tahun Selepas Wenchuan: Harapan Bersinar Gemilang

Pada pukul 2.48 petang 12 Mei 2008, gempa dahsyat bermagnitud 8.0 melanda Wenchuan di provinsi Sichuan, barat daya China, meragut hampir 70,000 nyawa manakala 18,000 lagi hilang dan lebih 370,000 cedera.

17 tahun berlalu, dan Wenchuan sudah bangkit kembali dari debu reruntuhan. Remaja dan kanak-kanak yang diselamatkan ketika itu kini telah pun dewasa. Di manakah mereka sekarang?

Ini Wang Rui. Pada hari itu 17 tahun lalu, Wang Rui yang berusia 15 tahun sedang mengulang kaji di bilik darjah. Kakinya dihempap papan pasang siap. Selepas lebih 10 jam tertimbus di bawah runtuhan, dia berjaya diselamatkan, namun otot kaki kanannya mengalami nekrosis dan terpaksa diamputasi. Dengan bantuan kaki palsu, Wang Rui dapat berdiri semula.

Pada 2009, dengan galakan ahli keluarga, Wang Rui menceburi sukan ping pong. Dia kemudiannya terpilih sebagai anggota skuad negara. Pada temasya Paralimpik Tokyo, Wang Rui dan pasukannya merebut kejuaraan kategori berpasukan wanita. Pada Sukan Para Asia Hangzhou 2023, dia membawa pulang pingat emas C7 perseorangan wanita. Pada Sukan Paralimpik 2024 di Paris, atlet gigih ini bukan sahaja merampas gangsa perseorangan wanita, malah mencatatkan prestasi peribadi yang terbaik setakat itu.

“Saya salah seorang yang terselamat dalam gempa Wenchuan,” kata Wang Rui.

Dia amat bersyukur kerana ping pong telah memberinya nyawa kedua dan juga peluang untuk mengharumkan nama negara.

Video

Berita Berkaitan