- Lain-lain
17 Tahun Selepas Wenchuan: Harapan Bersinar Gemilang (2)
Pemudi ini pula namanya Niu Yu. Dia kehilangan kaki kanannya dalam kejadian gempa Wenchuan ketika umurnya 11 tahun. Saat itu dikatakan “paling kelam” dalam hidupnya, dan dia “berasa ingin menyembunyikan diri”. Bagi membantu Niu Yu memulihkan keyakinan diri, ibu bapanya menggalakkan dia mencabar diri dengan aktiviti seperti mendaki, bermain badminton, ping pong, dan sebagainya. Lama-kelamaan, dia mula menerima keadaan.
Dunia menjadi saksi kepada semangat Niu Yu yang membara kembali semasa Separuh Maraton Wenchuan apabila dia berlari dengan memakai prostesis, hinggakan mendapat gelaran “gadis maraton paling cantik di China. Tampil di Minggu Fesyen Shanghai dengan “kaki keluli mekanikal”, dia meraih tepukan gemuruh. Pada 2023 pula, dia dipilih sebagai wakil Kongres Rakyat ke-14 Provinsi Sichuan.
Tahun ini, Niu Yu berusia 28 tahun. Dia gemar menulis dan melalui titik peluh sendiri, telah diterima masuk ke sekolah impiannya untuk melanjutkan pengajian.
“Pada masa akan datang, saya akan terus membantu golongan kurang upaya dan menolong ‘menyuluh’ jalan ke hadapan buat lebih ramai orang kurang upaya,” ujarnya.
- China Rangsang Pengambilan Kerja, Kebajikan Masyarakat Buat Golongan OKU
- Penghidap Polio Manfaatkan Media Sosial, Tingkatkan Kesedaran
- Penari Berkerusi Roda Ceriakan Hari Dengan Seni
- Pemuda Uygur Dianugerahkan Teladan Perpaduan Kaum
- Kafe di Xining Hargai Kelebihan OKU, Tawar Peluang Pekerjaan
- Laporan Terbaru Tekankan Usaha China Jamin Akses Budaya Golongan Cacat Penglihatan
- Sekolah Anjing Pemandu Adakan Sesi Yoga Tutup Mata
- Kecekalan Nenek Membuat Lapik Dalam Kasut Untuk Rekrut Baharu
- 15 Tokoh Terima Pingat dan Gelaran Kehormat Tertinggi China
- China Beri Penghormatan Kepada Doktor Teladan 2024