- Lain-lain
Greenland Sekali Lagi Tegaskan Pendirian "Tidak Mahu Dikawal AS"

Perdana Menteri Denmark, Mette Frederiksen dan Perdana Menteri Greenland, Jens-Frederik Nielsen berkata mereka akan mengulangi pendirian tidak akan menjual Greenland dalam rundingan dengan Amerika Syarikat (AS) di Washington D.C yang dijadual pada Rabu.
Kenyataan itu dibuat kedua-dua pemimpin tersebut dalam sidang media bersama di Copenhagen pada Selasa.
Frederiksenberkata, Denmark dan Greenland akan menghantar pegawai ke AS untuk mengadakan rungdingan.
Beliau berkata negara itu bersedia berdialog dan bekerjasama dengan AS, tidak mencari konflik, namun tidak akan mengubah pendirian "Greenland tidak untuk dijual".
Sementara itu Nielsen mengulangi pendirian sama dengan menegaskan bahawa Greenland merupakan sebahagian dari wilayah Denmark dan mempunyai hak autonomi.
"Greenland tidak akan dimiliki, ditadbir atau menjadi sebahagian daripada AS," kata Nielsen.
- Ancaman AS terhadap Greenland Gegarkan Eropah, Banyak Negara Pertimgbang Kukuh Sistem Pertahanan
- Pemimpin Negara Eropah Kritik Ancaman AS Terhadap Greenland
- Konflik Ketenteraan Berkaitan Greenland, "Perang Paling Bodoh Dalam Sejarah" - Pengerusi Suruhanjaya Pertahanan Denmark
- Status Greenland 'Tidak Wujud Ruang Perbincangan' - Presiden Finland
- AS Perlu Hentikan Ancaman "Ambil Alih Greenland" - PM Denmark
- Pelantikan Utusan Khas oleh AS Tidak akan Ubah Apa Jua Hal - PM Greenland




