Rancangan Jepun Longgarkan Sekatan Eksport Senjata Timbul Kritikan Umum

(CRI)Selasa 07 April 2026

Rancangan Jepun untuk melonggarkan sekatan eksport senjata serta meminda "Tiga Prinsip Pemindahan Peralatan Pertahanan" telah mengundang kritikan dalam kalangan pelbagai pihak di negara itu.

Perkara berkenaan telah dibangkitkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Penyiasatan Keselamatan Parti Demokratik Bebas (LDP) pada Isnin.

Berdasarkan laporan Kyodo News Jepun,rancangan berkenaan secara prinsip membenarkan Jepun mengeksport senjata pemusnah tanpa perlu mendapatkan terlebih dahulu kelulusan awal di peringkat parlimen.

Di bawah rancangan itu, kelulusan diberikan oleh Majlis Keselamatan Negara, sebelum dimaklumkan kepada Parlimen Jepun.

Difahamkan, rancangan tersebut tidak berdepan bantahan besar dalam mesyuarat yang berlangsung semalam, dan dijangka akan dibentangkan pada mesyuarat penuh Jawatankuasa Penyiasatan Keselamatan LDP seawal minggu hadapan untuk disemak.

Rancangan berkenaan turut mengundang pelbagai kritikan di Jepun.

Profesor Hiroshi Shiratori dari Universiti Hosei Jepun menyatakan bahawa mengeksport senjata pemusnah tanpa kelulusan Parlimen berisiko menjadikan Jepun sebagai "negara yang mengeksport perang ke luar negara".

Video

Berita Berkaitan