- Lain-lain
China Sambut Baik Gencatan Senjata AS-Iran
China menyambut baik pengumuman Amerika Syarikat (AS) dan Iran berhubung persetujuan gencatan senjata serta berharap semua pihak dapat bekerjasama bagi memastikan Selat Hormuz kembali beroperasi seperti biasa dalam masa terdekat.
Jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning berkata demikian dalam sidang media ketika menjawab soalan berhubung perkembangan terkini situasi di Asia Barat pada Rabu.
Menurut beliau, China akan terus memainkan peranan konstruktif dalam usaha memulihkan keamanan dan kestabilan di rantau Teluk serta Asia Barat.
Mengulas lanjut, Mao berkata, draf resolusi mengenai isu Selat Hormuz yang dikemukakan bersama oleh China dan Rusia telah diserahkan secara rasmi kepada anggota Majlis Keselamatan PBB.
Ujar Mao lagi, Selat Hormuz merupakan laluan perdagangan penting antarabangsa, justeru keselamatan, kestabilan dan kelancaran laluan di kawasan itu adalah selaras dengan kepentingan bersama masyarakat antarabangsa.
"China berharap pelbagai pihak berusaha bersama-sama untuk memulihkan kelancaran laluan itu secepat mungkin", kata beliau.
- PM Pakistan: Gencatan Senjata Iran-AS Berkuat Kuasa Serta-Merta
- UNSC Tidak Boleh Hantar Isyarat Salah dalam Konteks Konflik Meruncing
- Serangan AS-Israel Ragut Nyawa Seramai 310 Pelajar dan Guru di Iran
- Lebih 30 Universiti di Iran Jadi Sasaran Serangan
- AS Tidak Memerlukan Selat Hormuz: Trump
- AS, Israel Didakwa Sengaja Serang Fasiliti Pendidikan Iran
- Dua Pertiga Rakyat AS Harap Operasi terhadap Iran Ditamatkan Segera - Tinjauan Reuters/Ipsos
- Lebih 105,000 Fasiliti Awam di Iran Rosak Akibat Serangan
- Iran Kemukakankan Prasyarat Gencatan Senjata
- Iran Komited Tamatkan Perang, Tidak Pernah Kejar Milik Senjata Nuklear: Presiden Masoud Pezeshkian




