Utusan Khas China, Brazil Bincang Situasi Iran di Beijing

(CRI)Rabu 15 April 2026

Utusan Khas China bagi Isu Asia Barat, Zhai Jun bertemu dengan Penasihat Diplomatik Presiden Brazil, Ibrahim Abdul Hak Neto di Beijing pada Selasa.

Kedua-dua pihak turut berbincang dan bertukar-tukar pendapat mengenai situasi Iran.

Zhai Jun menyatakan, China berpegang teguh pada pendirian objektif dan adil, dan berusaha untuk mendorong perdamaian dan dialog.

Beliau berkata China bersedia bekerjasama dengan Brazil bagi menggalakkan masyarakat antarabangsa mencapai persepakatan mengenai gencatan senjata dan penyelesaian politik, sekali gus menyumbang kepada pemulihan kedamaian dan kestabilan di rantau Asia Barat.

Sementara itu, Ibrahim memaklumkan bahawa Brazil menyanjung tinggi lima inisiatif yang dianjurkan China dan Pakistan bagi memulihkan kedamaian dan kestabilan di Asia Barat dan rantau Teluk.

Beliau turut menzahirkan kesediaan pihak Brazil untuk bersama-sama China untuk menyokong usaha diplomatik bagi meredakan ketegangan situasi, serta memelihara orde antarabangsa yang berasaskan undang-undang antarabangsa.

Video

Berita Berkaitan