Iran Tolak Tiga Tuntutan Tidak Munasabah AS

(CRI)Isnin 13 April 2026

Iran mendedahkan wujud tiga perselisihan besar dalam rundingan dengan Amerika Syarikat (AS) yang berlangsung di Islamabad, Pakstan.

Naib Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Negara Majlis Islam Iran, Mahmoud Nabavian yang menyertai rundingan tersebut menerusi platform media sosial pada Ahad memaklumkan bahawa AS menuntut perkongsian sama rata ke atas keuntungan dan pentadbiran di Selat Hormuz.

Selain itu AS menuntut Iran mengeluarkan semua uranium diperkaya pada tahap 60 peratus ke luar negara, serta menggantung sepenuhnya hak Iran untuk menjalankan pengayaan uranium bagi tempoh 20 tahun akan datang.

Nabavian menegaskan, delegasi Iran telah mempertahankan kepentingan negaranya dengan teguh dan "menolak tuntutan-tuntutan yang tidak munasabah tersebut".

Video

Berita Berkaitan