- Lain-lain
Perjanjian Damai Gagal Dicapai Ekoran Tuntutan AS Terlampau - Media Iran
Perundingan antara Iran dan Amerika Syarikat (AS) di Islamabad, ibu negara Pakistan telah berakhir.
Dipetik dari laporan media Iran bahawa 'rangka kerja bersama dan perjanjian gagal dicapai ekoran tuntutan AS yang terlampau'.
Menurut agensi berita Tasnim Iran pada Ahad, dalam tempoh hampir 21 jam untuk rundingan dan perbincangan yang berlangsung dalam jadual yang padat, delegasi perundingan Iran teguh membela hak asas rakyat dalam bidang politik, ketenteraan dan penggunaan teknologi nuklear secara aman, dan menggugurkan rancangan AS yang terlampau.
Dimaklumkan, perunding AS pernah bermotif untuk mendapatkan konsesi di meja rundingan yang belum pernah diperoleh dalam peperangan, termasuk isu Selat Hormuz dan isu nuklear. Setelah menghalang cubaan ini, delegasi Iran tetap berusaha melalui pelbagai cara untuk mendorong pihak AS mencapai kata sepakat, tetapi sikap perunding dari pihak AS yang radikal dan terlampau ternyata sudah wujud sebagai halangan bagi pemikiran rasional.
Dalam sidang akhbar yang diadakan di Islamabad pada Ahad, Naib Presiden AS, James David Vance berkata, pihaknya belum mencapai kata sepakat dengan Iran.
- China Sambut Baik Gencatan Senjata AS-Iran
- PM Pakistan: Gencatan Senjata Iran-AS Berkuat Kuasa Serta-Merta
- UNSC Tidak Boleh Hantar Isyarat Salah dalam Konteks Konflik Meruncing
- Serangan AS-Israel Ragut Nyawa Seramai 310 Pelajar dan Guru di Iran
- Lebih 30 Universiti di Iran Jadi Sasaran Serangan
- AS Tidak Memerlukan Selat Hormuz: Trump
- AS, Israel Didakwa Sengaja Serang Fasiliti Pendidikan Iran
- Dua Pertiga Rakyat AS Harap Operasi terhadap Iran Ditamatkan Segera - Tinjauan Reuters/Ipsos
- Lebih 105,000 Fasiliti Awam di Iran Rosak Akibat Serangan
- Iran Kemukakankan Prasyarat Gencatan Senjata




