Shanghai Catat Ledakan Pelancong Asing Suku Pertama Tahun Ini

(CRI)Khamis 20 Mac 2025

Lebih 930,000 pelancong asing direkodkan memasuki China melalui lapangan terbang Shanghai dari awal tahun ini hingga 18 Mac lalu.

Jumlah itu menyaksikan peningkatan sebanyak 50 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Daripada jumlah itu, sebanyak 480,000 yang memasuki China menerusi dasar bebas visa iaitu peningkatan 3.5 kali ganda berbanding tempoh sama tahun lalu.

Negara yang mencatatkan bilangan pelancong tertinggi yang memasuki negara ini menerusi dasar bebas visa ialah Korea Selatan, Jepun, Thailand, Malaysia dan Singapura.

Video

Berita Berkaitan