- Lain-lain
Jumlah Pelancong Asing ke Heng Dian Naik 1,000%
Jumlah pelancong asing yang berkunjung ke Heng Dian World Studio sepanjang tahun 2024 menokok hampir 10 kali ganda berbanding tahun sebelumnya.
Ini berikutan dasar kemudahan visa yang dilaksanakan China dan filem China yang mendapat sambutan hangat di luar negeri. Semakin ramai pelancong asing ingin melihat tempat penggambaran filem, di samping menikmati pemandangan semula jadi yang indah di China.
Dabila Vian, seorang pelancong asing ialah peminat filem "Ne Zha 2". Beliau suka menonton filem kung fu China sejak kecil, dan juga amat berminat pada watak kesatria dalam filem China.
Dabila Vian dan sahabatnya berkunjung ke studio Heng Dian, memakai pakaian tradisional China, dan berasa seolah-olah dalam filem China.
Selain studio Heng Dian, Dabila dan sahabatnya juga merancang perjalanan ke lokasi penggambaran filem tersebut, dan akan pergi ke Hangzhou, Wenzhou, Jinhua dan tempat-tempat lain untuk menghayati keindahan pemandangan alam semula jadi, kebudayaan dan sejarah China semasa mengembara.
Mereka juga akan berkongsi apa yang mereka lihat dan rasa semasa berada di negara Tembok Besar ini dengan keluarga dan rakan-rakan mereka melalui gambar dan video.
- Pelancongan di Bandar Peringkat Rendah Semakin Popular di China
- Pelancong Asing Terpikat dengan "China Travel with Chinese Films"
- Destinasi Alternatif Mampu Milik Jadi Pilihan Pengembara Muda
- Ledakan ‘China Travel’ Cerminan Kepada Hasil Pembukaan China
- Pelancongan Ais dan Salji Musim Sejuk China Dijangka Capai 520 Juta Perjalanan
- Industri Pelancongan Makmur Sempena Sambutan TBC 2025
- TBC 2025: Selamat Datang Pelancong Asing!
- Percutian Warga Korea Selatan, Jepun Berhujung Minggu di Shanghai Jadi Trend
- China Lancar 1,737 Kereta Api Pelancong Dari Januari hingga November 2024
- Pasaran Pelancongan Warga China ke Luar Negara Terus Bertumbuh Pada 2024