Wang Yi: China, Jepun Boleh Promosi, Amalkan Nilai Asia

Menteri Luar China, Wang Yi, merangkap anggota Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China bertemu dengan mantan perdana menteri Jepun yang juga bekas pengerusi Forum Boao untuk Asia, Yasuo Fukuda di Tokyo, Jepun pada 23 Mac 2025. (Xinhua/Yue Chenxing)

Menteri Luar China, Wang Yi, merangkap anggota Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China bertemu dengan mantan perdana menteri Jepun yang juga bekas pengerusi Forum Boao untuk Asia, Yasuo Fukuda di Tokyo, Jepun pada 23 Mac 2025. (Xinhua/Yue Chenxing)

Menteri Luar China, Wang Yi berkata bahawa China dan Jepun boleh mengangkat kebijakan Timur dalam menghargai kerhamonian dan mengamalkan empati, serta mempromosi dan mempraktikkan nila-nilai Asia.

Demikian lapor agensi berita Xinhua mengenai ucapan Wang yang juga anggota Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China ketika bertemu dengan mantan perdana menteri Jepun yang juga bekas pengerusi Forum Boao untuk Asia, Yasuo Fukuda pada Ahad.

Memetik Xinhua, Wang turut menzahirkan penghargaan buat Fukuda yang mengetuai Jepun dalam menyokong visi China berkenaan membina komuniti berkongsi nasib sesama insan dan menakhodai penubuhan instutsi pertukaran budaya untuk komuniti Asia.

Menurut Wang, China dan Jepun adalah rapat dari sudut geografi dan berkongsi banyak persamaan budaya dan minat yang berjalin.

“Kita berharap agar pihak Jepun akan bekerjasama dengan China untuk meneruskan sokongan awam dan politik terhadap hubungan China-Jepun, mendorong kepada pembangunan dua hala yang stabil dan harmoni, serta bersama-sama mempromosi keamanan, kestabilan dan kemakmuran di Asia,” tambah Menteri Luar itu lagi.

Fukuda dalam ucapannya pula berkata bahawa usaha untuk memperdalam pertukaran dalam pelbagai bidang seperti antara rakyat, budaya dan interaksi akademik antara China dan Jepun adalah signifikan.

Lapor Xinhua, beliau turut menegaskan komitmen untuk mempromosi dialog dan kerjasama, menambah baik saling memahami, serta menyumbang kepada penambahbaikan dan pembangunan hubungan Jepun-China.

Video

Berita Berkaitan