Wang Yi Bertemu Wakil Kumpulan Persahabatan Jepun-China

(CRI)Isnin 24 Mac 2025

Selaku jiran rapat dan dua entiti ekonomi utama global, China dan Jepun perlu memperkasa kerjasama saling untung, mengukuhkan ikatan rapat sesama rakyat dan bersinergi menggerakkan perkembangan hubungan bilateral secara mampan dan sihat.

Ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) yang juga Pengarah Pejabat Suruhanjaya Hal Ehwal Luar Pusat, Wang Yi berkata demikian semasa bertemu wakil daripada tujuh kumpulan persahabatan Jepun-China di Tokyo pada Ahad.

Pertemuan itu dihadiri Pengerusi Kesatuan Ahli Parlimen Persahabatan Jepun-China yang juga Setiausaha Agung Parti Demokratik Liberal (LDP) Hiroshi Moriyama, Presiden Persatuan Penggalakan Perdagangan Antarabangsa Jepun Yohei Kono, serta pemimpin lima kumpulan persahabatan lain.

Mereka berikrar terus menggalakkan pertukaran sesama rakyat khususnya melibatkan golong belia serta di peringkat setempat, sekali gus membuat sumbangan baharu bagi menambah baik hubungan kedua-dua negara.

Video

Berita Berkaitan