- Lain-lain
Dari Yunnan ke Dunia: Bagaimana Kopi China Terus ke Pentas Global
Seorang petani sedang memetik biji kopi di sebuah ladang di daerah Simao, Pu’er, Provinsi Yunnan. (Foto ihsan Pusat Media Konvergens Daerah Simao)
Terletak di tanah tinggi barat daya China, Yunnan yang mempunyai keunikan alam semula jadi dengan terdapatnya ciri-ciri seperti beraltitud rendah dan tinggi, perubahan suhu siang dan malam yang ketara, serta subur dan tanah yang sedikit berasid, ia sekali gus menjadikan kawasan itu sesuai untuk penanaman kopi, seterusnya terkenal dalam kalangan peminat kopi.
Memetik data Kastam Kunming pada 2024, Yunnan mengeksport 32,500 tan kopi, iaitu peningkatan memberangsangkan sebanyak 358 peratus. Pertumbuhan yang mendadak itu meletakkan Yunnan sebagai pemain yang meningkat naik dalam pasaran kopi global, dengan destinasi eksport utamanya termasuk Jerman, Belanda, Amerika Syarikat dan Vietnam.
Keberadaan Yunnan dalam pentas global yang semakin mengembang juga telah dipacu oleh logistik yang cekap, seperti perkhidmatan kereta api kargo China-Eropah, yang menjamin pengguna kopi di Eropah dapat menerima pesanan masing-masing kurang daripada 15 hari.
Eric Baden, warga Jerman yang juga pemilik kedai kopi Coffee Commune di Shanghai, merupakan salah seorang peminat tegar kopi Yunnan dan kerap menyebar luas maklumat mengenainya.
Menerusi tulisan kepada Persatuan Kopi Istimewa, Baden telah memperkenalkan jenis-jenis kopi yang terdapat di wilayah itu dan juga pembuat kopi di seluruh dunia.
Acara rasa kopi Yunnan yang berlangsung di Barcelona, Sepanyol. (Foto oleh Zhang Wei)
Lebih daripada sedekad, Baden telah mahir mengenai kualiti unik biji kopi Arabica yang ditanam di tanah merah Yunnan. Usahanya telah mendapat pengiktirafan pada 2019 apabila biji kopi P86 Yunnan memenangi pingat perak semasa pertandingan memanggang kopi terbesar di Australia dan New Zealand, yang dilihatnya sebagai satu pencapaian terhadap kemajuan Yunnan di peringkat antarabangsa.
Pu’er yang sering dianggap sebagai ‘ibu kota kopi China’ itu memainkan peranan penting dalam rantai bekalan, dengan menyediakan biji kopi mentah kepada gergasi industri seperti Nestle, Starbucks dan Luckin Coffee.
Menurut laman sesawang Starbucks, sejak penubuhan pusat sokongan petani di Yunnan pada 2012, syarikat itu telah bekerja secara rapat dengan petani tempatan untuk memperhalusi teknik pembiakan dan menambah baik kualiti biji kopi, secara tidak langsung mengembangkan capaian kopi Yunnan ke serata dunia.
Selain memenuhi keperluan domestik di China, biji kopi premium telah dieksport ke pasaran seluruh Asia, Eropah, dan Amerika Syarikat, dengan Starbucks turut menawarkan kopi yang berasal dari satu tempat (single-origin) Yunnan di dalam barisan produk Chinanya.
Kemajuan yang dimiliki dalam teknologi pemprosesan juga telah mendorong lagi industri kopi Yunnan. Pada 2024, 31.6 peratus kopi di provinsi itu telah diklasifikasikan sebagai gred istimewa, dan 80 peratus biji kopinya telah melalui proses yang mendalam.
Produk-produk baharu seperti tepung kering sejuk beku dan pati yang dibru sejuk telah mendapat perhatian menggalakkan, khususnya dalam pasaran bersedia untuk diminum di Vietnam.
Pasaran dalam talian juga merasai tempiasnya. Di Amazon, pelbagai jenis kopi Yunnan cepat terjual, dengan ramai pengguna memuji kualiti terbaik biji kopi itu serta keunikannya.
Petani mengeringkan biji kopi di Provinsi Yunnan. (People’s Daily Online/Hu Zunhui)
Usahawan generasi baharu memainkan peranan penting dalam menyebarluaskan kopi Yunnan di serata dunia.
Lin Shuxian, yang lahir pada 90-an, pernah menetap di Yuxi, Yunnan sebelum berpindah ke Sepanyol pada 2021. Didorong oleh nostalgia untuk rasa seperti di kampung halaman dan keinginan untuk menerokai peluang yang besar dalam pasaran kopi Eropah, dia mula mempromosikan kopi Yunnan di Sepanyol, Jerman dan Belanda pada tahun yang berikutnya.
Melalui syarikatnya iaitu ‘Shu dari Yunnan’, dia mengeksport biji kopi hijau Yunnan ke Eropah, sekali gus membantu dalam memperkenalkan keistimewaan biji kopi tempatan kepada lebih ramai orang.
Hari ini, kopi Yunnan semakin mudah untuk didapati di kafe butik di bandar-bandar Sepanyol seperti Barcelona, Malaga dan Caceres. Di Zaragoza, pemanggang utama bagi biji kopi terus mengambil biji kopi hijau dari syarikat Lin.
“Mereka membeli 360 kilogram biji kopi hijau dari saya, dan semua kumpulan habis dijual kurang daripada seminggu. Kopi Yunnan memberikan pemanggang kopi peluang yang unik dalam menerokai rasa kopi yang mengujakan,” ujarnya.
Memetik laporan Pertubuhan Kopi Antarabangsa, mereka percaya bahawa China mempunyai potensi cerah terhadap masa depan dalam bidang kopi, dengan menekankan faktor terhadap integrasi kukuhnya dalam rantai nilai kopi global serta keunikan tempatnya dalam industri kopi global.
- Yunnan Kini Masuk Musim Menuai Beri Biru
- Xi Lakukan Tinjauan di Yunnan
- Biji Kopi Tempatan Semakin Popular di China
- Tumbuhan Liar Musim Bunga Tawar Rasa Yunnan
- Nomad Digital Suntik Daya Hidup Buat Pemulihan Semula Luar Bandar di Yunnan
- Tanaman Asing Berkembang Subur di Yunnan
- ‘Monorel Mini’ Permudah Pertanian di Yunnan
- Rizab Alam Semula Jadi untuk Burung Jenjang Leher Hitam Dipelihara Baik di Yunnan
- Pelajar di Yunnan ke Sekolah Guna Kereta Kabel Sambil Saksi Pemandangan
- Menglian Hasilkan Lebih 80 Peratus Avokado di China