- Lain-lain
China, Negara Jiran, Berganding Bahu Demi Masa Depan Lebih Baik
Foto memaparkan pemandangan Universiti Xiamen China cawangan Malaysia. (People’s Daily/Yang Yi)
Satu persidangan pusat mengenai kerja berkaitan negara jiran telah diadakan di Beijing dari 8 hingga 9 April. Presiden China, Xi Jinping merangkap setiausaha agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China dan pengerusi Suruhanjaya Tentera Pusat telah menyampaikan ucapan penting pada persidangan itu.
Dalam ucapannya, Xi telah merangkumkan pencapaian dan pengalaman China secara sistematik mengenai kerja kejiranan negara Tembok Besar dalam era baharu, selain secara saintifik menganalisis situasi semasa, menggariskan objektif, idea dan langkah-langkah untuk fasa seterusnya bagi kerja kejiranan.
Beliau telah mengajak untuk membina komuniti berkongsi masa depan dengan negara-negara jiran dan berusaha ke arah membuka pentas baharu bagi kerja China berkaitan negara jiran.
Di sebalik landskap antarabangsa yang semakin kompleks, China akan menyumbang kepada kejiranannya, komited untuk membina komuniti yang berkongsi masa depan dengan negara jiran. Penglibatan berterusan China telah membawa kestabilan dan tenaga positif yang amat diperlukan ke dalam dunia yang kian berubah dan bergelora.
Kawasan China yang luas dan sempadan yang panjang menjadikan ia kejiranan dengan asas yang kukuh untuk mencapai pembangunan dan kemakmuran negara, barisan utama untuk menjaga keselamatan negara, kawasan keutamaan dalam diplomasi keseluruhan negara, dan membina hubungan penting untuk masa depan dengan masyarakat.
Sehingga kini, China telah mencapai persefahaman bersama mengenai membina komuniti yang berkongsi masa depan dengan 17 negara jiran, menandatangani perjanjian kerjasama Jalur dan Laluan dengan 25 negara jiran, berusaha untuk mensinergikan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) dengan rancangan kerjasama ASEAN dan Kesatuan Ekonomi Eurasia, dan kekal sebagai rakan dagang terbesar untuk 18 negara jiran.
Sikap saling percaya politik dan kepentingan bersama antara China dan jirannya terus bertambah mendalam. Prinsip persahabatan, keikhlasan, manfaat bersama dan keterangkuman dalam diplomasi kejiranan China yang telah lama wujud semakin mendapat tarikan yang lebih luas di seluruh rantau ini.
Kini, semakin banyak negara di rantau ini mengamalkan nilai keamanan, kerjasama, keterbukaan dan keterangkuman Asia.
China sejak sekian lama memastikan pembangunannya sejajar dengan aspirasi jiran-jirannya, sekali gus memupuk kemajuan dan kemakmuran bersama. Pembangunan berkualiti tinggi negara itu dan persekitaran kejiranan yang menyenangkan juga semakin saling ditekankan, sekali gus membina kitaran yang lebih baik – memperkuatkan kedua-dua China dan wilayah di sekitarnya.
BRI yang lahir di kejiranan China dan memberi manfaat buat jiran-jirannya juga terus mendorong pembangunan serantau. Jaringan kereta api kargo China-Eropah kini bersambung dengan lebih 100 bandar di 11 negara Asia. Manakala, Kereta Api China-Laos dan Kereta Api Laju (HSR) Jakarta-Bandung pula telah merealisasikan cita-cita HSR buat negara-negara serantau.
Projek-projek utama seperti talian paip gas China-Asia Tengah, Koridor Ekonomi China-Pakistan dan model ‘Dua Negara, Taman Berkembar’ antara China dan Malaysia telah memacu ekonomi tempatan secara signifikan dan menambah baik kehidupan rakyat.
China yang terus mengamalkan fahaman kedaerahan terbuka dilihat telah memajukan lagi pendekatannya terhadap berkongsi pertumbuhan, menawarkan peluang pembangunan yang berakar umbi dalam saling hormat dan kerjasama menang-menang.
Sebagai rakan dagang utama dan sumber penting dalam pelaburan di rantau itu, China telah memuktamadkan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dengan negara-negara terlibat, dan penaiktarafan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN Versi 3.0 pula dijangka akan ditandatangani pada tahun ini.
Para pekerja sedang bertugas di pusat perkhidmatan dan pemantauan Lebuh Raya Phnom Penh-Sihanoukville yang dilabur oleh China di Kemboja. (People’s Daily/Zhao Yipu)
Melalui pembangunan berkualiti tinggi dan keterbukaan bertaraf tinggi, China terus memberikan manfaat jangka panjang kepada jiran-jirannya, dan berkongsi hasil pemodenan China.
Ketika ini, hubungan China dengan jiran-jirannya berada dalam fasa terbaik khususnya pada zaman moden ini. Pada masa sama, ia juga telah memasuki fasa saling hubungan yang semakin mendalam antara situasi serantau dan evolusi landskap global.
Kebangkitan kolektif negara-negara Selatan Global menjadi kuasa utama dalam memajukan dunia yang multipolar. Usaha China untuk membuat inovasi dalam mekanisme kerjasama serantau akan menggembleng solidariti, keterbukaan, dan berkongsi kemajuan yang lebih besar di serata wilayah.
China telah memainkan peranan aktif dalam mempromosi kerjasama di bawah rangka kerja Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO), Kerjasama Asia Timur, Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik, serta Persidangan untuk Langkah-langkah Membina Keyakinan dan Interaksi di Asia. Ia juga telah menginisiatifkan platform seperti Kerjasama China-Asia Tengah, dan Kerjasama Lancang-Mekong, sementara menjadi tuan rumah kepada Persidangan Dialog Peradaban Asia.
Kesemua inisiatif tersebut secara tidak langsung mencerminkan komitmen China untuk bekerjasama dengan jiran-jirannya dalam usaha berpegang tegus kepada fahaman multilateral.
Kereta api laju melalui seksyen Yuxi di Kereta Api China-Laos di Provinsi Yunnan China. (People’s Daily Online/Zheng Yi)
Mengenai isu global seperti perubaham iklim, keselamatan siber dan pembangunan mampan pula, China mengekalkan komunikasi dan kerjasama yang rapat dengan jiran-jirannya, sekali gus menyumbang kepada ‘kekuatan Asia’ untuk mengubah sistem pentadbiran global.
Berganding bahu dengan jiran-jirannya, China komited untuk membina masa depan serantau yang lebih baik, dan membawa lebih kestabilan dan harapan buat dunia.
- Forum Pelabuhan Maklumat China-ASEAN Berlangsung Sempena WIC 2024
- CAECW 2024 Buka Tirai, Tawar Lebih 70 Aktiviti
- China, ASEAN Mudahkan Mobiliti Keanggotaan
- Sinergi China-ASEAN Dari Perspektif Satelit
- Memperdalam Kerjasama China-ASEAN Menguatkan Pertumbuhan Global
- Tiba Masa Manfaatkan Momentum Kerjasama E-dagang
- China Komited Manfaatkan "Diplomasi Sukan" untuk Keamanan dan Kemakmuran Asia
- Xi Terima Watikah Pelantikan dari 28 Duta Besar Asing
- Tahun 2025, Detik Bersejarah Diplomasi Ketua Negara
- "Penyelesaian Dua Negara" Patut Dijadikan Tumpuan Antarabangsa
- Sorotan Sidang Media Menteri Luar China Wang Yi
- Usaha Perlindungan, Pemeliharaan Warisan Kebudayaan China Harus Dicontohi
- Pusat Kerjasama Timbang Tara Komersial China-ASEAN Mula Beroperasi
- PM Li Tekankan Lagi "Lima Prinsip Hidup Secara Damai" di Vientiane
- ADMM-Plus ke-11 Berlangsung di Vientiane
- Lawatan Xi Jinping ke Asia Tenggara: Memperkukuh Diplomasi Serantau, Merintis Era Baharu Kerjasama
- Mesyuarat Tidak Rasmi Menteri Pertahanan China-ASEAN ke-14 di Laos
- Rondaan Bersama Kali ke-147 di Sungai Mekong Berakhir
- Minggu Drama China-ASEAN (Nanning) Buka Tirai
- Forum Pertukaran dan Kerjasama Kebudayaan Berorientasikan ASEAN Diadakan di Guangxi
- Nanning Jadi Tuan Rumah untuk Datuk Bandar dari 7 Negara, Anjur Program Dialog
- China Ikrar Bersama ASEAN Perangi Jenayah Penipuan Telekomunikasi
- Pegawai Kanan China, ASEAN Berhimpun di Ningbo Sempena Sesi Rundingan China-ASEAN
- China Sokong Usaha Malaysia Selaku Pengerusi ASEAN
- Empat Negara Bersinergi Banteras Penipuan Telekomunikasi
- China Komited Perkasakan Pembinaan Komuniti Berkongsi Nasib China-ASEAN
- Pelaburan China di ASEAN Berkembang Untuk Manfaat Bersama
- Kerjasama Digital Jadi Enjin Baharu Pertumbuhan China, ASEAN
- Hubungan Kukuh China-ASEAN Tafsir Konsep Diplomasi Kejiranan
- China Sedia Mantapkan Kerjasama Perdagangan dengan ASEAN