- Lain-lain
Pendidikan Bahasa, Wadah Pererat Persahabatan China-Malaysia
Tatkala hubungan dua hala China-Malaysia menginjak usia lima dekad, pendidikan bahasa Melayu telah berkembang selama enam dekad lamanya di negara Tembok Besar ini.
China membuka jurusan bahasa Melayu yang pertamanya di Beijing Foreign Studies University (BFSU) pada 1962. Pada tahun seterusnya, Universiti Malaya (UM) pula menubuhkan jurusan bahasa Cina yang pertama di Malaysia.
Jauh sebelum kedua-dua negara menjalinkan hubungan diplomatik, pendidikan bahasa telah menjadi wadah untuk meningkatkan persefahaman dan memupuk persahabatan antara rakyat kedua-dua negara.
Profesor Su Yingying, ketua pengajian Asia di BFSU dalam satu wawancara berkata bahawa, kita hanya boleh mendekati dan memahami budaya satu sama lain dengan menjadikan bahasa sebagai kunci.
Justeru, dengan menjadikan pendidikan bahasa sebagai wadah, universiti dan badan pendidikan antara China dan Malaysia telah menjalin kerjasama yang erat sejak berdekad-dekad lalu.
Beliau berkata, kerjasama pendidikan adalah tunjang utama bagi pertukaran rakyat dua negara. Tahun-tahun kebelakangan ini, pertukaran itu semakin meningkat dari segi kualiti dengan pelbagai aktiviti diadakan termasuk program saling kunjung mengunjung pensyarah dan pelajar, selain penganjuran seminar antarabangsa dan penerbitan buku secara bersama.
Pada tahun lepas, kursi Pengajian Melayu di BFSU dinamakan semula bersempena nama Yang di-Pertuan Agong Malaysia, Sultan Ibrahim.
“Itulah pengiktirafan pihak Malaysia kepada pendidikan bahasa melayu di China dan menjadi teladan bagi mengukuhkan pertukaran antara rakyat kedua-dua negara dalam bidang pendidikan dan budaya.
“Saya percaya bahawa pendidikan bahasa akan memainkan peranan yang semakin penting dalam kerjasama praktikal antara China dan Malaysia dalam pelbagai bidang pada masa hadapan,” ulas profesor Su.
Profesor Su Yingying, ketua pengajian Asia di BFSU. (Foto ihsan individu yang diwawancara)
Sementara itu, Zhao Wanzhen, Pengarah (China) Institut Kongzi Universiti Malaya, berkata bahawa pihaknya menumpukan untuk membangun dan mengembangkan mekanisme pertukaran bahasa dan budaya dua hala antara China dan Malaysia, selain membina platform untuk pertukaran mesra serta kerjasama erat kedua-dua negara.
Beliau percaya bahawa "menyesuaikan diri dengan keadaan tempatan, mengintegrasikan pelbagai budaya, sesuai dengan permintaan, bahasa + budaya" adalah ciri penting bagi kursus bahasa di Institut Kongzi UM.
Sejak penubuhannya pada tahun 2009, Institut Kongzi UM telah membuka kelas di 20 tempat dan mengajar lebih daripada 50,000 pelajar, dengan lebih 90 peratus terdiri daripada kaum bukan Cina.
"Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, selain menawarkan kursus bahasa berkualiti tinggi, kami juga telah meneroka secara aktif pelbagai aktiviti kebudayaan, kuliah ilmu, dengan matlamat untuk menceritakan tentang China secara komprehensif dan tiga dimensi kepada pelajar tempatan dan orang ramai, serta meningkatkan kognisi dan pemahaman mereka tentang masyarakat dan budaya China kontemporari."
Zhao Wanzhen, Pengarah (China) Institut Kongzi, Universiti Malaya. (Foto ihsan individu yang diwawancara)
- Program STEM China Antara Terbaik di Dunia
- Jenama Minuman Teh Makin Popular, “Rasa China” Sebati Dengan Kehidupan Harian Warga KL
- Xi Harap China, Malaysia Saling Menyokong dalam Usaha Pemodenan
- China, Malaysia Ikrar Bina Komuniti Berkongsi Nasib Strategik Bertaraf Tinggi
- Xi Bincang Bersama PM Malaysia
- China, Malaysia Sasar 'Lima Dekad Keemasan' Baharu
- Pelabur China Dorong Pertumbuhan di Malaysia
- Sorotan Hasil Kerjasama Praktikal China-Malaysia
- Xi Terima Sambutan Rasmi di Istana Negara Malaysia
- China, Malaysia Diharap Terus Perkukuh Kerjasama
- Perhalusi Kerjasama Malaysia-China Tangani Dampak Perdagangan Global - Tengku Zafrul