- Lain-lain
China, Malaysia Percepat Kesalinghubungan Pembayaran Rentas Sempadan
Usaha China dan Malaysia dalam mewujudkan kesalinghubungan pembayaran rentas sempadan terus dipercepat sehingga membuahkan hasil yang ketara.
Di bawah bimbingan Bank Rakyat China, kemudahan kewangan utama China iaitu Perbadanan Penjelasan NetsUnion (NUCC) berjaya bersambung dengan PayNet milik Bank Negara Malaysia (BNM).
Sekarang aplikasi diperkenalkan 13 agensi di bawah PayNet boleh diakses di China, yang turut memudahkan warga Malaysia di negara Tembok Besar.
Pada 2024, warga Malaysia yang berada di China melakukan sebanyak 14.75 juta transaksi pembayaran rentas sempadan melalui platform NUCC dengan keseluruhan nilai mencecah 2.8 bilion yuan (RM1.7 bilion).
Ia sekali gus meletakkan Malaysia sebagai penyumbang terbesar kepada transaksi dibuat warga asing di China melalui platform berkenaan.
- Xi Terima Pingat Kolar Besar Kemerdekaan Bangsa Kemboja
- China, Malaysia Terus Pertingkat Kerjasama Ekonomi Digital
- Video: Cabaran Foto Berantai di XMUM
- China, Malaysia Sambut “50 Tahun Keemasan” Baharu Hubungan Bilateral
- Pendidikan Bahasa, Wadah Pererat Persahabatan China-Malaysia
- Jenama Minuman Teh Makin Popular, “Rasa China” Sebati Dengan Kehidupan Harian Warga KL
- Xi Harap China, Malaysia Saling Menyokong dalam Usaha Pemodenan
- China, Malaysia Ikrar Bina Komuniti Berkongsi Nasib Strategik Bertaraf Tinggi
- Xi Bincang Bersama PM Malaysia
- China, Malaysia Sasar 'Lima Dekad Keemasan' Baharu