Buah-buahan Malaysia Popular di Pasaran China

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 24 April 2025
Buah-buahan Malaysia Popular di Pasaran China
Barang-barang menunggu pengangkutan di lapangan terbang Zhengzhou. (People’s Daily Online/Huo Yaping)

Pada 20 April, sebuah pesawat membawa durian Malaysia terbang sejauh lebih 3,000 kilometer dari Kuala Lumpur dan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Xinzheng Zhengzhou. Kumpulan durian itu akan diedarkan ke merata negara China tidak lama lagi, dan disajikan di meja makan penduduk tempatan.

Menurut statistik suku pertama tahun ini, kastam lapangan terbang Zhengzhou telah mengurus pengimportan 1,501 tan buah-buahan Malaysia dalam 136 kumpulan, angka ini masing-masing meningkat 178% dan 156% berbanding suku sebelumnya. Pada 7 Januari tahun ini, kekerapan penerbangan Raya Airways menerusi laluan Zhengzhou-Kuala Lumpur ditambah daripada tiga kali seminggu kepada enam kali seminggu, dengan 65 penerbangan sepanjang suku pertama yang membawa kargo berjumlah 4,304.4 tan. Begitu banyak buah Malaysia yang diangkut ke pasaran China mengikut jalan udara, dikatakan mengisi “bakul buah” pengguna China, sekali gus mengundang lebih banyak peluang untuk mengembangkan perdagangan China-Malaysia.

Lapangan terbang kelihatan sibuk. (People’s Daily Online/Huo Yaping)
Kakitangan kastam memeriksa barangan. (People’s Daily Online/Huo Yaping)

Video

Berita Berkaitan