Beberapa Negara Eropah Hantar Tentera ke Greenland

(CRI)Khamis 15 Januari 2026

Kementerian Pertahanan Denmark pada Rabu berkata kerajaan Denmark dan kerajaan autonomi Greenland memutuskan untuk mengintensifkan latihan ketenteraan angkatan bersenjata Denmark di Greenland, ekoran ketegangan geopolitik yang merebak ke kawasan Artik.

Dalam kenyataan itu, Kementerian Pertahanan Denmark berkata negara itu akan menambah kehadiran tentera di Greenland dan kawasan sekeliling.

Pada hari yang sama, Kementerian Pertahanan Jerman mengesahkan negara itu akan menghantar 13 anggota tentera ke Greenland pada Khamis, atas permintaan Denmark.

Dalam pada itu, tentera Perancis menyatakan akan bersama-sama beberapa rakan Eropah lain untuk menyertai misi ketenteraan di Greenland bagi menyokong Denmark memelihara keselamatan tempatan.

Selain itu, Sweden dan Norway juga mengumumkan penghantaran anggota tentera ke Greenland.

Video

Berita Berkaitan