- Lain-lain
Langkah Jepun Longgarkan Eksport Senjata, Cetuskan Kebimbangan Serantau

Tentangan hebat yang diterima Jepun dari dalam dan luar negara, tidak sedikit pun menghentikan langkah negara itu dalam proses "militerisasi semula".
Menurut laporan media Jepun baru-baru ini, kerajaan negara itu merangka langkah untuk melonggarkan eksport senjata termasuk cadangan meminda "Tiga Prinsip Pemindahan Peralatan Pertahanan" serta garis panduan perlaksanaan dalam bulan ini.
Langkah ini dilihat sebagai usaha terbaharu Jepun untuk membuka sepenuhnya laluan eksport senjata serta menembusi kekangan Perlembagaan Keamanan negara tersebut.
Dalam konteks perubahan mendalam situasi global, "militarisme baharu" Jepun dilihat berpotensi mengancam keselamatan dan kestabilan serantau, sekaligus mencetuskan kewaspadaan tinggi dalam kalangan negara-negara jiran serta masyarakat antarabangsa.
Berbeza dengan pencerobohan Jepun semasa Perang Dunia ke-2, "militarisme baharu" Jepun kini dilihat bergerak di bawah slogan seperti "hak pertahanan kolektif" dan "normalisasi negara" dengan pengaruhnya telah menembusi sektor ekonomi, politik dan budaya.
Namun secara hakikat, ia masih berteraskan pengukuhan ketenteraan, peluasan keupayaan senjata termasuk usaha memansuhkan sekatan eksport senjata.

Atas pelbagai sebab sejarah, sistem industri ketenteraan Jepun tidak dibersihkan sepenuhnya selepas perang.
Industri pertahanan Jepun dilaporkan berkembang di bawah strategi "menyamar sebagai sektor awam" untuk mencapai pembangunan iaitu perusahaan ketenteraan yang dahulunya menghasilkan senjata besar-besaran semasa perang beralih menjadi kontraktor pertahanan.
Pada masa yang sama, kerajaan Jepun terus mencari ruang undang-undang dan dasar untuk melonggarkan sekatan sedia ada.
Penganalisis berpendapat, langkah Jepun meningkatkan belanjawan pertahanan, menggalakkan pengeluaran senjata serta memperluas eksport adalah sebahagian daripada strategi berperingkat untuk memperkukuh ketenteraan.
Selain merangsang ekonomi melalui industri pertahanan, langkah itu juga dilihat bertujuan mengukuhkan rantaian industri ketenteraan serta memperluas pengaruh geopolitik.
- China Tegas Tolak Tindakan "Militerisme Baharu" Jepun
- Rancangan Jepun Longgarkan Sekatan Eksport Senjata Timbul Kritikan Umum
- Aktiviti Anti-perang Diadakan di Pelbagai Tempat di Jerman
- Jepun Perlu Bertindak Berhati-hati dalam Bidang Ketenteraan: MFA
- Rakyat Jepun Berhimpun Bantah Peperangan
- Polis Jepun Siasat Pangkalan JSDF Berhubung Insiden Individu Ceroboh Masuk Kedutaan China
- Jepun akan Ambil Tindakan Tegas terhadap Suspek yang Ceroboh Masuk Kedutaan Besar China
- Suspek Ceroboh Masuk Kedutaan China Diserah kepada Jabatan Pendakwa
- China Gesa Jepun Siasat Kes Individu Ceroboh Masuk ke Kedutaan Besar China
- Propaganda Jepun Gembar-Gembur "Ancaman China" Bermotifkan Perluasan Persenjataan




