Tentera AS Mula Laksanakan Sekatan Maritim di Selat Hormuz

(CRI)Selasa 14 April 2026

Tentera Amerika Syarikat (AS) mula melaksanakan sekatan maritim di Selat Hormuz pada Isnin bagi menghalang mana-mana kapal keluar dan masuk di selat tersebut.

Menurut Komando Pusat Tentera AS, sekatan itu menyasarkan kapal dari pelbagai negara yang keluar masuk pelabuhan Iran dan kawasan pesisir negara itu termasuk pelabuhan yang terletak di Teluk Parsi dan Teluk Oman.

Bagaimanapun, langkah AS tersebut disifatkan sebagai "ancaman kosong" oleh pihak Iran, selain turut mendapat kritikan dari pelbagai negara.

Video

Berita Berkaitan