- Lain-lain
Rakan Kongsi Baik Berkongsi Nasib | Bersama Buka Babak Baharu Bina Komuniti Malaysia-China yang Berkongsi Masa Depan
-- Ong Tee Keat, Presiden Kokus Inisiatif Jalur dan Laluan Asia Pasifik
Atas undangan YDPA Sultan Ibrahim, Presiden China Xi Jinping telah mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia bermula 15 April. Malaysia merupakan negara anggota ASEAN pertama yang menjalin hubungan diplomatik dengan China. Sejak terjalinnya ikatan tersebut, Malaysia dan China sentiasa hidup dalam suasana muhibah dan bantu-membantu, menjadi teladan bagi kerjasama menang-menang antara negara. Semasa kunjungan rasmi Presiden Xi ke Malaysia pada 2013, hubungan kedua-dua negara dinaiktarafkan kepada perkongsian strategik komprehensif, yang sekali gus memacu ikatan bilateral. Pada 2023, Presiden Xi dan Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim mencapai konsensus penting untuk membina sebuah komuniti berkongsi masa depan China-Malaysia, yang turut menunjukkan hala tuju pembangunan hubungan dua hala pada era baharu ini.
Pada 2024, jumlah perdagangan bilateral antara Malaysia dan China mencecah 212.04 bilion dolar Amerika, meningkat 11.4% tahun ke tahun. China telah menjadi rakan dagang terbesar Malaysia selama 16 tahun berturut-turut. Tahun lepas, kumpulan pertama durian segar Malaysia memasuki pasaran China, sekali gus memperluas saluran niaga bagi produk pertanian Malaysia. Jenama kenderaan China seperti Great Wall Motors, BYD dan Geely pula sedang mendorong perkembangan perniagaan masing-masing di Malaysia sambil menggalakkan penambahbaikan rantaian industri automotif tempatan dan merangsang proses pengindustrian Malaysia. China dan Malaysia terus-menerus meneroka titik pertumbuhan baharu bagi kerjasama dalam bidang ekonomi digital, pembangunan hijau dan tenaga baharu, sambil menggalakkan kemajuan mendalam kerjasama bilateral.
Malaysia dan China tidak henti-henti mendorong usaha sama menjayakan Inisiatif Jalur dan Laluan secara berkualiti tinggi, membawa begitu banyak peluang pembangunan kepada Malaysia. Malaysia dan China telah mencipta sebuah model kerjasama perindustrian antarabangsa “Dua Negara, Dua Taman”, dan mengintensifkan kerjasama kapasiti dengan kelebihan yang saling melengkapi. Pada masa ini, nilai output perindustrian kumulatif Taman Perindustrian Malaysia-China Kuantan melebihi 100 bilion yuan, melonjakkan daya pemprosesan Pelabuhan Kuantan sehingga melebihi 10 juta tan, lantas menyuntik momentum kepada pembangunan berkualiti tinggi Inisiatif Jalur dan Laluan di Malaysia. Sebilangan projek kerjasama Malaysia-China telah dilaksanakan di Malaysia, sejajar dengan hasrat dan hala tuju Malaysia ke arah pembangunan mampan, yang juga konsisten dengan Agenda Pembangunan Mampan 2030 PBB.
Melihat dari perspektif China, negara itu komited untuk mengekalkan hubungan kejiranan baik dan muhibah dengan negara-negara jiran, serta mewujudkan suasana aman tenteram yang membawa kepada pembangunan bersama. Hubungan China-ASEAN contoh kejayaan kerjasama multilateral dan integrasi ekonomi serantau, bahkan pencapaian bersifat mercu tanda bagi usaha diplomasi China dengan jiran-jirannya. Kemakmuran bersama yang dibawa oleh pembangunan China akan mengukuhkan lagi keamanan dan dijangka membuka jalan untuk membina rasa saling percaya, sesuatu yang sangat perlu dalam menangani cabaran-cabaran bersama di peringkat rantau.
Biarpun dipisahkan oleh lautan, persahabatan antara Malaysia dan China telah diwarisi ribuan tahun. Di titik permulaan baharu dalam sejarah ini, usaha sama menjayakan Inisiatif Jalur dan Laluan terus meningkat maju, melahirkan suatu daya penggerak berterusan demi perkembangan hubungan bilateral. Kedua-dua pihak kini membuka babak baharu untuk membina komuniti Malaysia-China yang berkongsi masa depan.
- China, Malaysia Percepat Kesalinghubungan Pembayaran Rentas Sempadan
- Xi Terima Pingat Kolar Besar Kemerdekaan Bangsa Kemboja
- China, Malaysia Terus Pertingkat Kerjasama Ekonomi Digital
- Video: Cabaran Foto Berantai di XMUM
- China, Malaysia Sambut “50 Tahun Keemasan” Baharu Hubungan Bilateral
- Pendidikan Bahasa, Wadah Pererat Persahabatan China-Malaysia
- Jenama Minuman Teh Makin Popular, “Rasa China” Sebati Dengan Kehidupan Harian Warga KL
- Xi Harap China, Malaysia Saling Menyokong dalam Usaha Pemodenan
- China, Malaysia Ikrar Bina Komuniti Berkongsi Nasib Strategik Bertaraf Tinggi
- Xi Bincang Bersama PM Malaysia