Trump, Putin Bakal Bincang Gencatan Senjata di Ukraine

(CRI)Selasa 18 Mac 2025

Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Isnin memaklumkan bahawa beliau akan mengadakan panggilan telefon dengan rakan sejawatnya dari Rusia Vladimir Putin untuk membincangkan gencatan senjata antara Rusia dan Ukraine pada pagi Selasa waktu tempatan.

Trump melalui ciapan di media sosialnya 'Real Social' berkata "banyak elemen dalam perjanjian muktamad telah dipersetujui, tetapi masih ada banyak isu yang belum diselesaikan."

Beliau berkata peperangan mesti ditamatkan segera, dan beliau "sangat menantikan" untuk bercakap dengan Putin.

Sementara itu Setiausaha Akhbar presiden Rusia, Dmitry Peskov mengesahkan panggilan telefon kedua-dua presiden tersebut pada Selasa.

Video

Berita Berkaitan