- Lain-lain
China Gesa Israel Undur Tentera dari Syria
China menggesa supaya Israel segera menghentikan serangan menyasar Syria dan mengundurkan tenteranya dari negara itu secepat mungkin.
Kuasa Usaha Sementara Misi Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Geng Shuang membuat kenyataan itu susulan Israel melancarkan serangan udara terhadap banyak sasaran di Syria pada minggu lepas sehingga menyebabkan kematian dan kecederaan yang teruk serta kemusnahan fasiliti.
Semasa berucap pada mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan PBB mengenai isu Syria pada Khamis, Geng menyelar tindakan Israel secara serius melanggar undang-undang antarabangsa serta mencabul kedaulatan dan integriti wilayah Syria.
Beliau berkata peralihan politik yang stabil adalah kunci bagi memulihkan keamanan di Syria, dan ia harus menjadi matlamat utama yang disasarkan semua pihak terlibat.
China sedia bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa untuk melakukan usaha tanpa henti ke arah mewujudkan keamanan dan kestabilan yang berkekalan di Syria serta memulihkan ketenteraman di rantau Asia Barat.
- Empat Negara Eropah Sokong Pelan Arab untuk Pembinaan Semula Gaza
- Lebih 70 Peratus Responden AS Bantah Hasrat Trump 'Kuasai' Gaza
- Netanyahu, Rubio Bincang Isu Asia Barat di Baitulmaqdis
- Britain Sedia Hantar Tentera ke Ukraine Jika Diperlukan
- Israel Mulakan Rundingan Gencatan Senjata Fasa Kedua Minggu ini
- China, Mesir Menentang Paksakan Rakyat Palestin Pindah dari Gaza
- IFRC Gesa Salur Sokongan kepada Penduduk Gaza
- PBB Gesa Elak Tindakan Permusuhan Diteruskan di Gaza
- Pintu Lintasan Gaza Ditutup, Harga Barang Naik 100 Kali Ganda
- Hamas, Israel Berbeza Pandangan mengenai Pembinaan Semula Gaza
- China Desak Isreal Segera Hentikan Serangan terhadap Gaza
- Israel Putuskan Bekalan Elektrik di Gaza
- Israel Diseru Benarkan Bantuan Kemanusiaan Masuk Gaza
- Penduduk Gaza Berdepan Masalah Bekalan Air
- China Gesa Israel Segera Henti Operasi Ketenteraan di Gaza
- Duta China Gesa Perkasa Hak Asasi Menerusi Kerjasama
- Guterres Gesa Noktahkan Kesengsaraan di Gaza
- 120,000 Penduduk Gaza Hilang Tempat Tinggal - OCHA
- UNSC Desak Israel Cegah Genosid di Gaza
- Israel Umumkan Tingkatkan Tindakan Ketenteraan di Gaza