Cadangan Sanae Takaichi untuk Pinda Perlembagaan Terima Bantahan Meluas

(CRI)Selasa 14 April 2026

Parti pemeritah Jepun, Parti Liberal Demokrat (LDP) mengadakan perhimpunan agung di Tokyo pada Ahad. Perdana Menteri Jepun merangkap Presiden LDP, Sanae Takaichi sekali lagi menyatakan hasrat untuk meneruskan usaha meminda perlembagaan negara itu.

Kenyataan Takaichi bagaimanapun mencetuskan pelbagai kritikan dan bantahan dalam kalangan masyarakat Jepun termasuk di media sosial.

Di platform media sosial misalnya, ada pengguna yang membangkitkan kewajaran pindaan berkenaan, sebaliknya menurut pengguna tersebut, isu seperti kenaikan harga barangan dan kejatuhan nilai yen sepatutnya menjadi keutamaan.

Pengguna tersebut turut menyifatkan usaha meminda perlembagaan sebagai sesuatu yang membimbangkan dan tidak wajar diteruskan.

"Jepun bukan milik LDP semata-mata. Jika rakyat tidak bertindak, perlembagaan pasti akan dipinda.

"Tunjuk perasaan sedang diadakan di seluruh negara untuk membantah pemindaan perlembagaan. Kami berharap kadar sokongan terhadap Sanae Takaichi menurun secepat mungkin supaya beliau meletakkan jawatan," kata seorang pengguna lagi.

Video

Berita Berkaitan