- Lain-lain
Pinggan Mangkuk Meja Mesra Alam Sekitar Diperbuat Daripada Hampas Tebu di Yunnan Terkenal di Luar Negara
Tebu, terkenal dengan jolokan sebagai ‘raja produktiviti’ dalam kalangan tanaman, bukan sahaja merupakan kegemaran ramai, malah turut penting dalam masakan, perubatan, pembuatan kertas dan pelbagai industri lain.
(Foto/People’s Daily Online)
Kaunti Gengma di bandar Lincang di Provinsi Yunnan, barat daya China, adalah kawasan pengeluar gula terkemuka di provinsi itu, dengan tanah seluas 400,000 mu (sekitar 26,667 hektar) didekasikan untuk penanaman tebu dan turut melibatkan seramai 120,000 petani tempatan.
Pada setiap tahun, kaunti itu menghasilkan 280,000 tan gula. Namun demikian, proses pembuatan gula menjana lebih daripada 400,000 tan hampas tebu, dengan sejumlah besar daripadanya akan berakhir dengan dibakar atau dikompos, sekali gus memberikan pulangan yang kecil dari sudut ekonomi.
Hampas tebu yang kaya dengan lignin dan selulosa adalah bahan mentah perindustrian yang berkualiti tinggi. Pada Jun 2019, Syarikat Lyusaike New Materials (Yunnan) telah memulakan pengoperasian di Taman Perindustrian Gengma, dan memperkenalkan teknologi termaju untuk menggantikan plastik yang sukar dikitar semula dengan hampas tebu.
Dengan mengekstrak selulosa daripada produk sampingan itu dan memprosesnya secara tempatan, syarikat tersebut telah mengubah daripada bahan buangan pada suatu ketika dahulu, kepada pinggan mangkuk meja harian.
(Foto/People’s Daily Online)
Pada 8 Oktober 2020, barisan pengeluaran pertama syarikat itu mula beroperasi, menyaksikan hampas tebu diproses secara teliti kepada pinggan mangkuk meja yang mesra alam dan terbiodegradasikan tersedia untuk pasaran.
Sifatnya yang bebas pencemaran dan kurang plastik, pinggan mangku meja yang terbiodegradasikan segera mencuri tumpuan dalam pasaran di Eropah dan Amerika Syarikat (AS).
“Pinggan mangkuk meja terbiodegradasikan secara amnya adalah untuk eksport, dengan penghantaran ke pasaran seperti Jerman, Itali, dan AS meliputi lebih daripada 95 peratus daripada keseluruhan pengeluaran syarikat,” ujar Xiong Xiaoqin, ketua Syarikat Lyusaike New Materials (Yunnan), sambil memberitahu syarikatnya telah menerima tempahan sehingga bulan September.
Projek tersebut telah mencipta peluang pekerjaan buat lebih 200 orang, dan dijangka untuk menjana lebih daripada RMB100 juta (AS$13.61) dalam nilai output keseluruhan.
“Projek tersebut bukan sahaja memanfaatkan hampas tebu tempatan dengan jumlah yang banyak, tetapi juga menyumbang kepada rantai perindustrian, (dan) mengoptimumkan nilai produk sampingan itu,” ujar Li Xiucheng, ketua Taman Perindustrian Gengma.
Papan kertas yang diperbuat secara terus daripada hampas tebu hanya bernilai sekitar lebih RMB3,000 setiap tan. Namun, setelah menjadi produk siap, nilainya akan meningkat sehingga RMB20,000 setiap tan, malah juga mampu mencecah RMB100,000 setiap tan.
(Foto/People’s Daily Online)
Projek itu kini mengoperasikan empat sistem pemulpaan hampas tebu, 50 mesin memotong dan membentuk, serta menyokong peralatan ujian, dengan kapasiti tahunan mencapai hampir 7,500 tan. Pada 2024, ia telah menjana RMB44.53 juta dalam nilai output.
(Foto/People’s Daily Online)
- Kerjasama Pertanian China-AS Manfaatkan Pengguna, Petani
- Spesies Tumbuhan Baharu Ditemui di Yunnan
- Qinglong Aktif Bangunkan Industri Buah Berangan China
- Menglian Hasilkan Lebih 80 Peratus Avokado di China
- Petani Manfaatkan Video Pendek, Promosi Kampung Halaman di Gansu
- Ekonomi Pertanian, Luar Bandar 2024 China Rekod Peningkatan Stabil
- Produk Pertanian China Raih Populariti di Pasaran Luar Negara
- Aktiviti Pertanian Rancak di Seluruh China Pada Awal Musim Bunga
- Saintis China Gunakan AI Dalam Pembenihan Tanaman, Tambah Hasil dan Varieti
- China Kemuka Pelan, Percepat Pembinaan Kekuatan Dalam Pertanian
- Pelancong Seronok Bermain Air di Xishuangbanna
- Pelajar di Yunnan ke Sekolah Guna Kereta Kabel Sambil Saksi Pemandangan
- Rizab Alam Semula Jadi untuk Burung Jenjang Leher Hitam Dipelihara Baik di Yunnan
- ‘Monorel Mini’ Permudah Pertanian di Yunnan
- Tanaman Asing Berkembang Subur di Yunnan
- Nomad Digital Suntik Daya Hidup Buat Pemulihan Semula Luar Bandar di Yunnan
- Tumbuhan Liar Musim Bunga Tawar Rasa Yunnan
- Xi Lakukan Tinjauan di Yunnan
- Yunnan Kini Masuk Musim Menuai Beri Biru
- Dari Yunnan ke Dunia: Bagaimana Kopi China Terus ke Pentas Global